Saturday 28 June 2014

Resepi Mashed Potato Cheese


RESEPI MASHED POTATO CHEESE

 

PENGENALAN


Tahukah Anda? Setengah porsi kentang rebus tanpa kulit mengandung 67.1 kalori, 1.3 gram protein, 15.6 gram karbohidrat, dan 0.1 gram lemak. Ini membuktikan kentang rebus adalah salah satu makanan yang memberi tenaga kepada kita. Selalunya, kentang dibersih, direbus dan tambah dengan lobak merah dan sedikit garam untuk bagi bayi dimakan. Ini kerana kentang rebus mengandungi karbohidrat yang tinggi dan mudah untuk ditelan bagi bayi. Oleh itu, asalnya kentang rebus ini atau pun lebih dikenali sebagai ‘ mashed potato’ adalah salah satu makanan bayi dan sampai sekarang budaya ini diamalkan oleh setiap ibu di seluruh dunia.

 

Walaubagaimanapun, pada zaman moden ini, makanan mashed potato ini menjadi salah satu mkanan hidangan pembuka maupun hidangan pelengkap samada siang dan malam. Restoran makanan seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), Nando’s , Kenny Rogers dan lain-lain menyediakan mashed potato dengan makanan lain seperti kentang goreng (French fries), coleslaw, chicken chop dan sebagainya. Kuah cheese yang dituang di atas mashed potato menjadi daya tarikan utama di kalangan pelanggan di restoran-restoran tersebut. Mashed potato cheese ini pasti akan membuka selera kepada sesiapa yang ‘mencium’ baunya. Penampilan yang menarik serta lauk sampingan yang berbeza dan lazat menggesa ramai orang untuk mencubanya. 
 
 

Makanan ini memang digemari oleh ramai orang samada orang tua atau kanak-kanak. Terutama mashed potato cheese sangat popular di kalangan kanak-kanak dan remaja. Ini kerana baunya yang wangi dan rasa yang manis dan sedap. Penjualan makanan ini di restoran-restoran tempatan meningkatkan bilangan peminatnya setiap hari. Mashed potato ini memang sesuai untuk semua orang kecuali orang yang ada dalam diet ataupun obesiti. Makanan ini kurang sesuai disebabkan oleh kalori yang tinggi. Sesiapa yang tidak suka makanan manis terutama golongan tua atau pesakit diabetis, bolehlah tempah dan makan mashed potato ini tanpa tambah cheesenya. Mereka boleh makan mashed potato sahaja atau pun makan bersama makanan lain seperti yang disenarai tadi.
 

Mashed potato cheese ini boleh makan bila-bila masa sahaja, terpulang pada anda. Biasanya, ini dimakan pada masa minum petang dan makan malam. Selain dari itu, makanan ini juga disajikan di majlis-majlis perkahwinan, hari jadi, rumah terbuka dan sebagainya. Antara sebab mashed potato ini menjadi popular adalah resepi yang mudah tetapi keenakan yang tidak terhingga. Bahan-bahan untu resepi mashed potato cheese ini boleh didapati di mana-mana kedai runcit dan budjet untuk membelinya pun bukanlah tinggi sangat. Dari segi masa pula, makanan ini cepat dibuat berbanding dengan menu masakan lain. Sekiranya, anda berasa bosan dengan makan cheese mashed potato, anda boleh membuat makanan lain yang sedap dimakan bersama mashed potato. Resepi dan jenis makanan yang sesuai dimakan bersama mashed potato adalah seperti berikut.

 

 

Mashed Potato Cheese

Bahan-bahan:

250 gram kentang

1 sudu salted butter

2 sudu cream cheese

2 sudu susu segar

merica dan  garam secukupnya

mixed herbs secukupnya

air untuk merebus

 

 

 

Cara membuat:

1.      Kupas kentang dan potong menjadi 4 bahagian. Cuci kentang tersebut sampai bersih.

2.      Sediakan satu periuk dan isikan air yang secukupnya untuk merebus kentang.

3.      Masukkan kentang yang telah dipotong dan sedikit garam di dalam periuk. Panaskan.

4.      Rebus sehingga kentang itu betul-betul sudah masak.

5.      Untuk tahu masak atau tidak, cucuk kentang dengan lidi atau garpu. Kalau lidi mudah dicucuk atau licin bila tarik keluar, ertinya kentang itu telah masak sepenuhnya.

6.      Hancurkan kentang dengan alat khusus (penghancur kentang) atau dengan garpu biasa sehingga kentang menjadi halus. Blender pun boleh diguna untuk menghancurkan kentang.

7.      Tambahkan  susu dan salted butter, kacau sehingga sebati. Butter akan meleleh kerana panas dari kentang.

8.      Kemudian tambahkan cream cheese dan sedikit merica. Kacau lagi sehingga semua bahan-bahan yang dicampur tadi menjadi sebati.

9.      Tekstur kentang akan berwarna lebih putih dan sangat lembut.

10.  Sajikan mashed potato yang disiap dengan sedikit taburan mixed herbs di atasnya.

 

 

Cheesy Baked Meatballs

Bahan bahan:

10 biji meatballs

1 sudu makan cili kisar

1 tin tomato sauce - anggaran 300 g

4 kuntum Swiss Brown Mushroom

2 ulas bawang besar

Garam dan gula jika perlu

Minyak untuk menumis

1/4 cawan air

Keju  - untuk taburan

 

Cara cara penyediaan:

1.      Kupas bawang besar dan dicincang kecil.

2.      Panaskan minyak, tumis bawang besar dan cili kisar hingga naik bau.

3.      Masukkan tomato sauce dan air. Pastikan air yang dituang tidak terlalu banyak.

4.      Biarkan hingga sauce mendidih lebih kurang 4-5 minit.

5.      Masukkan cendawan yang telah dihiris kecil dan meatballs. Meatballs yang dibeli dicuci sebelum digunakan.

6.      Kacau sehingga sebati dan biarkan sebentar untuk dimasak.

7.      Kemudian, tambahkan dengan garam yang secukupnya. Gula boleh ditambah jika anda mahu manambahkan kemanisan masakan.

8.      Biarkan anggaran 5 minit, matikan api dan biarkan ia sejuk sebentar.

9.      Panaskan oven. Jangan terlalu panas.

10.  Tuangkan sauce dan meatballs ke dalam bekas tahan panas, taburkan dengan keju (cheese) ke atasnya.

11.  Bakar sebentar hingga cheese cair.

12.  Boleh dimakan begitu saja atau hidangkan bersama-sama dengan mashed potatoes.

 
 

Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:


Bahan-bahan:

1 labu bawang besar (ditumbuk)

2 ulas bawang putih (ditumbuk)

4 sudu butter

2 sudu tepung jagung

 Daging ayam

secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah

2 1/2 cawan air

 

 

Cara-cara penyediaan:

1.      Panaskan kuali dan cairkan butter dalam kuali tersebut.

2.      Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk dalam minyak butter. Biarkan sebentar sampai dia  bertukar warna sedikit perang.

3.      Bancuh tepung jagung dengan tambah air panas yang secukupnya.

4.      Masukkan bancuhan tepung jagung di dalam kuali yang sama dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang anda suka.

5.      Masukkan air dan kacau sehingga sebati.

6.      Masukkan ketul ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa anda

7.      Jika anda mahu pedas, tambahkan lagi lada hitam dan lada sulah.

8.      Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air. Jangan sampai kuahnya terlalu cair, nanti tak sedap.

9.      Kacau sehingga rata dan tutup api.

10.  Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.

11.  Sos kentang putar sudahpun disiap. Hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.

Coleslaw

Bahan-bahan:

1/2 biji kobis sederhana

1 batang carrot

2-3 sudu susu segar

mayonese secukupnya

2-3 sudu susu pekat manis

 

Cara membuat:

1.      Bersihkan kobis dan carrot, kemudian diparut kasar.

2.      Masukkan semua bahan yang disenarai di atas dalam sebuah bekas dan dikacau sebati.

3.      Perasakan dengan mayonese dan susu pekat manis. Masukkan bahan-bahan ini mengikut citarasa masing-masing. Tambah lebih jika mahu manis sikit.

4.      Kacau campuran sehingga sebati dan simpan di dalam peti sejuk.

5.      Boleh makan begitu sahaja atau saji bersama mashed potato, pasti sedap.

 

Jika anda ingin mencuba sesuatu baru, maka anda bolehlah cuba membuat resepi mashed potato cheese ini. Jenis makanan yang sedap dimakan bersama mashed potato pun diberi. Pilihlah ‘pasangan’ mana anda suka dan cuba buat di rumah. Pasti keluarga anda suka masakan yang sedap ini dan mereka akan minta sekali lagi. Selain ahli keluarga, makanan ini juga boleh disajikan kepada tetamu yang datang ke rumah anda. Selepas belajar buat di rumah, anda tidak perlu lagi pergi ke restoran untuk membeli makanan ini. Untuk mengelakan daripada jemu, sajikan masakan ini dengan ‘pasangan’ yang berlainan pada setiap kali anda buat di rumah.

Selamat mencuba!